PM harap kawasan gempa di Sabah berwaspada

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap semua pihak yang berada di kawasan terjejas akibat gempa bumi di Ranau, malam Khamis mengambil langkah berjaga-jaga.

Perdana Menteri menerusi Twitternya memberijaminan kerajaan akan memastikan bantuan sentiasa tersedia untuk mereka yang terbabit.

“Terima berita gempa bumi di Ranau, saya dimaklumkan setakat ini tiada kecederaan.

“Saya harap semua di kawasan terkesan ambil langkah berjaga-jaga. Kerajaan akan pastikan bantuan sentiasa tersedia,” katanya.

Gempa bumi berukuran 5.2 dengan kedalaman 5 kilometer berlaku di Ranau, malam tadi.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer barat laut Ranau pada jam 9.06 malam tadi.

Semua 130 pendaki di Gunung Kinabalu selamat dibawa turun dari Laban Rata ke Pondok Timpohon di Taman Kinabalu, Kundasang oleh pasukan penyelamat secara berperingkat awal pagi tadi.

FB Komen

comments