Salon pemuda BN majoriti muka baru

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar senarai pendek calon Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah muka-muka baharu.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ianya selaras dengan hasrat yang disuarakannya sebelum ini agar calon pemuda pada pilihan raya kali ini tidak dikurangkan.

“Saya sudah hantar senarai calon kepada Perdana Menteri dan saya harap sebahagian besar akan diterima. Sebahagian besar muka baharu ada ada seorang dua yang penyandang tetapi sebahagian besar adalah mereka yang belum pernah jadi wakil rakyat ataupun belum pernah bertanding.

“Calon Pemuda saya harap tidak kurang daripada pilihan raya yang lepas,” katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau dalam masa yang sama memaklumkan pelancaran jentera Pemuda dan Puteri parti itu peringkat nasional akan dilancarkan pada 10 Mac di Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh.

“Ini merupakan pelancaran secara rasmi untuk peringkat yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan walaupun jentera kita sudah pun bergerak daripada awal lagi tetapi ini adalah secara rasmi dan simboliknya gerakan ke arah fasa yang akhir untuk kita menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,”ujar Khairy.

FB Komen

comments