Skuad memanah negara terus kempunan

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang sebutir pingat emas di siri pertama Piala Asia tidak kesampaian apabila trio compound lelaki negara kecundang di pentas final.

Pada kejohanan yang berlangsung di Bangkok, gandingan pemenang emas Sukan SEA 2017, Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip terpaksa akur kepada lawan dari Russia apabila hanya dibezakan tiga mata selepas mengumpul 231 mata.

Mereka sebelum itu mempamerk aksi cemerlang sejak pusingan pertama apabila menewaskan Laos, Thailand (suku akhir) dan Indonesia (separuh akhir).

“Semua berjalan lancar pada peringkat awal aksi final namun keadaan berangin memasuki penghujung perlawanan.

“Ia menjejaskan rentak panahan sehingga membenarkan lawan menang. Ia satu keputusan yang positif selepas kali terakhir berganding bersama pada Sukan SEA yang lalu,” jelas Zulfadhli.

Semalam pemanah compound negara turut meraih dua perak acara individu menerusi Juwaidi dan Sazatul Nadhirah Zakaria.

FB Komen

comments