Tak mahu PH kalah, mahu jadi PM sekali lagi

SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahahtir Mohamad memohon pengundi untuk menyokong gabungan itu mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 bagi membolehkan beliau diangkat sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Secara berseloroh beliau berkata, penyokong PH jangan menghampakan impiannya untuk menjadi PM buat kali kedua.

“Janganlah kalah, saya cita-cita nak jadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Jadi untuk itu, jangan kecewakan saya, janganlah gaduh, kita mesti ada sikap tolong-menolong dan kita cantum (bergabung) parti kita kita akan jadi kuat,” katanya dalam ucapan perasmian Manifesto PH di peringkat nasional di Shah Alam sebentar tadi.

Ini adalah kali pertama Mahathir secara terang-terangan berkata mahu menjadi PM buat kali kedua.

Harapan Mahathir untuk menjadi PM buat kali kedua disambut dengan ketawa daripada lebih 1,000 penyokong gabungan parti pembangkang itu.

Mahahtir dalam pada itu mengakui terdapat individu dalam Pakatan Harapan yang tidak berpegang kepada asas penubuhan parti apabila mengutamakan kedudukan yang boleh diraih.

“Namun ada juga yang terpesong daripada perjuangan penubuhan parti, ada yang berpendapatan masuk Pakatan Harapan untuk jadi calon, dapat jawatan itu ini,” katanya.

FB Komen

comments