“Dipanggil gorila, negro” Siti Sarah

KUALA LUMPUR: Kritikan hebat daripada netizen membuatkan penyanyi Siri Sarah Raisuddin nekad membuat perubahan terhadap penampilannya.

“Siapa ingat gambar ini?? Mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa???.

“You are not in my shoes. Awak tak hadap apa yang saya hadap,” luahnya di Instagram (IG).

Mengakui seorang yang kuat, namun selebriti berusia 33 tahun ini menyedari bukan semua wanita mampu menghadapinya.

“Ya saya memang kuat untuk hadap banyak benda.

“Tapi, saya tahu ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan…apabila dikutuk di panggil gorila, negro, nama-nama binatang (bad*k ,b**i dan seangkatan dengannya), siapa yang tahan!”Dan…apabila ada orang ingat yang kau tak level dengan dia! Kau salah! Come on girls time to change!,” tulisnya lagi.

Susulan itu, isteri pelawai Shuib Sepahtu itu menggesa agar wanita di luar sana yang membuat perubahan adalah demi diri sendiri.

“Dan… saya tahu ramai perempuan yang di luar sana nak berubah. Jangan berubah untuk orang lain.

“Berubah untuk DIRI SENDIRI, yang penting PERUBAHAN perlukan KESABARAN. Siapa yang ada cerita yang nak dikongsikan boleh kongsi bersama saya,” tulisnya lagi.

FB Komen

comments