Bekas suami Dira Abu Zahar bernikah?

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bikers Kental, Helmi Yusof, yang juga merupakan bekas suami kepada Dira Abu Zahar dilaporkan telah berkahwin kali kedua dengan gadis pilihannya hari ini.

Difahamkan majlis pernikahan tersebut berlangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur petang tadi.

Beberapa keping gambar dari majlis berkenaan telah dikongsikan rakan Facebook Helmi sendiri dan disusuli dengan ucapan tahaniah serta doa yang dipanjatkan kepada pasangan pengantin.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tentang butiran lanjut majlis tersebut termasuk latar belakang pengantin perempuan.

Terdahulu Helmi pernah berkahwin dengan Dira pada tahun 2011 dan kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai sekitar 2016.

FB Komen

comments