Tiada yang baharu, janji PH populis

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, menganggap manifesto Pakatan Harapan yang diumumkan semalam bukan suatu perkara baharu sebaliknya hanya bersifat populis semata-mata.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin janji-janji berkenaan kebanyakannya sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang malah lebih baik dan berkesan untuk rakyat.

Tambah beliau, terdapat beberapa manifesto itu tidak masuk akal, umpamanya Skim Peduli Sihat yang melihat pembiayaan kepada klinik swasta.

“Apa yang dibentangkan (manifesto) bukan benda baharu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), FELDA, menyeragamkan gaji minimum, sebahagiannya Kerajaan Pusat sudah laksanakan, malah ada yang lebih baik.

“Ia (manifesto) hanya bersifat populis sebagai contoh pelaksanaan Skim Peduli Sihat, kenapa nak biaya klinik swasta sedangkan kita (kerajaan) sudah bina banyak klinik kerajaan untuk rakyat,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mohamed Khaled berkata, tiada kerajaan di dunia yang mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan BN sentiasa berusaha melaksanakan dasar mensejahterakan rakyat.

“Kerajaan Johor sememangnya komited dan setiap pembangunan serta kemajuan dilakukan di negeri ini adalah ‘people centric’ (memberi fokus pada rakyat),” katanya.

FB Komen

comments