Usahawan perlu sering peralihan Revolusi Industri 4.0

KUALA LUMPUR: Usahawan yang berjaya mencipta nama di negara ini, perlu menjadi motivator kepada yang lain sejajar matlamat mewujudkan ‘satu usahawan dalam satu keluarga’ menjelang tahun 2050, kata
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau lagi golongan usahawan sedia ada juga perlu keluar daripada kaedah konvensional dan beralih pada perniagaan atas talian bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.

“Revolusi Industri 4.0 membawa kita melihat untuk tempoh sehingga tiga dekad akan datang, dengan perniagaan tidak lagi tertakluk pada sistem sedia ada, sebaliknya tertumpu pada perniagaan atas talian dan kaedah lain yang mengubah landskap urus niaga secara keseluruhan.

“Generasi muda perlu keluar daripada kepompong pemikiran untuk mendakap segulung ijazah, tetapi juga menjadi golongan yang mampu menjana pendapatan sendiri.

“Peluang terbuka luas di luar sana, tetapi kita harus keluar daripada pemikiran konvensional. Kerajaan akan beri apa saja bantuan, dana latihan dan tindakan susulan bagi menentukan petanda aras baharu untuk Malaysia menjadi negara maju penuh dengan usahawan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Kebangsaan Cemerlang (ONE).

Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah ONE kepada 80 usahawan cemerlang negara menerusi lapan kategori berbeza.

Anugerah yang julung kali didakan itu bertujuan mengiktiraf usahawan yang mencapai kejayaan cemerlang, sekali gus mendorong lebih ramai usahawan berusaha mencipta kejayaan.

FB Komen

comments