60, 000 ahli Persatuan Sahabat Malaysia bantu BN

JOHOR BAHRU: Persatuan Sahabat Malaysia menyasarkan untuk 60,000 ahlinya akan membantu jentera Barisan Nasional (BN) melaksanakan gerak kerja pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Sahabat Johor, R Illamaran, berkata separuh daripada jumlah itu adalah daripada kalangan semua bekas Ketua Pemuda MIC.

“Tujuan utama penubuhan Persatuan Sahabat Malaysia ini sudah pasti menggabungkan semula semua bekas Ketua Pemuda MIC yang banyak pengalaman sepanjang terbabit pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) pada 2000 hingga 2009,” katanya ketika pelancaran persatuan itu.

Pelancaran julung kali di negeri ini yang dihadiri kira-kira 400 bekas ketua pemuda MIC disempurnakan Bekas Ketua MIC Johor, Datuk K S Balakrishnan.

Illamaran berkata,Tambahnya selain menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil Sahabat Muda bagi menggerakkan jentera BN di seluruh negara.

Katanya, dengan sasaran 10,000 ahli persatuan di Johor, fokus utama pertubuhan itu adalah bagi membantu jentera pilihan raya negeri di 10 kawasan Parlimen di negeri ini yang kritikal.

“Kami akan turun padang untuk membantu calon BN di Pasir Gudang, Tebrau, Gelang Patah, Muar, Pagoh, Segamat, Labis, Kulai, Ayer Hitam dan Semberong.

“Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kami akan membantu semua calon MIC di DUN termasuk Kahang, Bukit Gambir, Tenggaroh dan Puteri Wangsa,” katanya.

Katanya, persatuan itu juga akan membantu empat penaung persatuan iaitu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran.

FB Komen

comments