Ziana titis air mata di Puncak Kasih

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ziana Zain, tidak mampu menahan air mata ketika mendendangkan lagu Puncak Kasih di sebuah hotel pada Sabtu dan menukar suasana majlis menjadi sedih.

Menerusi video yang dikongsi netizen, beliau dilihat hanya sempat menyampaikan baris terawal lagu yang diterbitkan pada 1997 itu sebelum terdiam dan kelihatan cuba menahan gelodak rasa.

Beberapa kali juga Ziana, yang hanya berdiri sambil memegang mikrofon, cuba mencari rentak, namun tetap tewas hingga sukar untuk meneruskan nyanyian.

Dalam keadaan itu, tetamu yang memenuhi dewan utama berkenaan enggan membenarkan beliau larut dalam emosi apabila sama-sama membantunya menyanyikan lagu berkenaan.

Sebelum beraksi di pentas berkenaan, Ziana yang anggun mengenakan persalinan serba hitam sempat berkongsi perasaannya kepada khalayak.

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, isu suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, yang berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka menjadi tajuk utama berita.

FB Komen

comments