Jangan mudah termakan termakan macu racun pembangkang

BENTONG: Rakyat diingatkan agar tidak mudah termakan ‘madu beracun’ yang ditaburkan oleh pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata semua janji yang ditawarkan dalam manifesto itu dilihat tidak munasabah dan hanya lebih bersifat populis dengan matlamat memancing undi pilihan raya.

“Manifesto Pakatan Harapan hanyalah omogan kosong yang kita lihat janjinya tidak boleh ditepati. Mereka hanya memainkan perasaan rakyat dengan mengadakan pelbagai janji populis jangka pendek dan tidak mempunyai hala tuju dan masa depan.

“Lebih 70 peratus yang mereka janjikan dalam manifesto berkenaan telah pun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan selebihnya tidak mungkin mereka dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sukan rakyat Mukim Pelangai di sini hari ini.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tiong Lai berkata janji untuk menghapuskannya tidak praktikal kerana ia adalah sistem percukaian yang lebih efisien berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Pada masa kini GST telah dilaksanakan di lebih 160 negara dan adalah sistem percukaian yang paling efisien berbanding sistem sebelum ini. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamed hendak kembali semula kepada sistem SST ia adalah sesuatu yang tidak praktikal.

“Ini kerana semasa kita laksanakan SST, kadar cukai yang dikenakan 10 peratus, namun hasil yang diterima hanya RM17 bilion berbanding GST kadar lebih rendah dengan enam peratus tetapi hasil diperoleh hampir RM42 bilion.

“Hasil inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat termasuk membangunkan pelbagai projek pembangunan mega untuk rakyat termasuk Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya terus memilih kerajaan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan yang stabil dan kuat dapat memastikan pembangunan terus dilaksanakan dan kebajikan rakyat terjaga. – BERNAMA

FB Komen

comments