Keselamatan Sabah terus dipelihara

KOTA BELUD: Kerajaan memberi jaminan untuk memberi komitmen penuh kepada rakyat Sabah dalam mempertahankan negeri itu daripada dicerobohi anasir luar, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ujarnya kerajaan akan menggunakan sedaya upaya untuk tidak membenarkan tanah negeri itu diceroboh atau diganggu gugat oleh sesiapa pun.

“Kita tidak berkompromi dalam soal keselamatan negara dan Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan negeri dengan apa cara sekalipun.

“Pengalaman yang kita lalui ketika pencerobohan Lahad Datu adalah sandaran penting kerana yang penting sekarang adalah soal keselamatan.

“Program hari ini yang membabitkan tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan kita ikhlas dalam memastikan Sabah mendapat perlindungan daripada pasukan keselamatan negara,” katanya dipetik sebagai berkata.

Hishammuddin selain itu mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dan terikut-ikut dengan sentimen pihal tidak bertanggungjawab dalam menimbulkan politik kebencian.

“Kemunculan mereka adalah secara bermusim dan mempunyai pertimbangan politik tertentu. Mereka tidak mempunyai perancangan seperti yang kita lakukan, termasuk dalam aspek keselamatan rakyat khususnya di Sabah,” katanya.

FB Komen

comments