Netizen dakwa Neelofa perli Fazura?

Baru-baru ini Fazura yang merupakan isteri kepada Fatah Amin memuat naik sebauh video di Instagram Story (IG Story) yang menunjukkan dia berborak dengan juru mekapnya sebelum sesi pengambaran.

Dalam video itu, Fazura yang menerima kek batik berkata, tidak mahu memulakan pengambaran jika juru mekap itu tidak memotong untuknya.

Tidak lama kemudian, pelakon wanita yang pernah dikaitkan dengan Fatah iaitu Neelofa membuat naik video yang mengatakan dia tidak boleh mengadakan pengambaran jika tiada tudung koleksi terbarunya ‘Belofa’.

 

Netizen pantas membaca tindakan Neelofa yang disifatkan memerli Fazura. Ramai yang mengatakan heroin Fattah menerusi drama ‘Suri Hati Mr Pilot’.

“Ai? Masih tak boleh move on ke sampai sindir menyindir?

“Selepas mendapat tahu motif sebenar video ini, terus rasa menyampah dengan Lofake ini. Nampak nau hati dia hitam dan penuh dengan jealousy. Pi mampos Lofake! You messed with Fazura, you messed with me. Terus tak suka Hajjah Lofake!” kata @FizzZoule.

“Dia perli Fazura. Semalam masa shooting dengan Fattah Amin, Fazura up Instastory kata tak boleh start shooting kalau tak ada kek batik. Then tiba-tiba hajjah ni buat juga story nak perli. Pergi Taiwan pun hati tak bahagia. Sian Lofake.

“Aku dulu macam okey saja la kan Lofa ni, but this one too obvious dia ni sebenarnya tak tenang. Hahaha! Dia fikir dia berjaya sangat, tu yang ego. Berjaya sangat pun kalau tak happy and jealous dengan orang lain tak guna weh,” katanya.

FB Komen

comments