Peminat bakar koleksi tudung Naelofar Hijab

Semua maklum tentang isu panas baru-baru ini apabila usahawan muda merangkap pelakon dan pengacara Neelofa melancarkan koleksi hijabnya di sebuah kelab mengundang kecaman netizen.

Baru-baru ini, viral di media sosial tindakan peminatnya yang membakar koleksi tudung Naelofar Hijab simbolik kekecewaan terhadap tindakan pelakon itu.

Wanita yang dikenali sebagai Anne Zuraini dekat laman Facebooknya telah membuat siaran live menunjukkan dia sedang membakar koleksi tudungnya keluaran Naelofar Hijab.

“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa… Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada.

“Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni,” katanya di dalam video berkenaan.

Disebabkan tindakan kurang bijak itu, dia telah dikritik oleh ramai netizen yang menganggap ianya merupakan satu pembaziran semata-mata.

Dalam masa yang sama, beberapa netizen turut beranggapan bahawa pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu pasti tidak kisah dengan perbuatan wanita tersebut yang membakar tudungnya sendiri.

Malah, usahawan itu langsung tidak akan mengalami apa-apa kerugian dengan perbuatan wanita itu kerana sebaliknya dia sendiri yang telah mengalami kerugian dengan membakar tudung itu.

Benar, sebelum ini ada beberapa dakwaan yang menggesa supaya rakyat Malaysia memboikot produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan sebagai tanda tidak bersetuju atas tindakan tidak masuk akalnya itu.

FB Komen

comments