PRU14: BN N9 sedia jika awal

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya sekalipun ia diadakan awal.

Menteri Besar negeri itu merangkap Pengerusi BN di situ, Datuk Seri Mohamad Hasan, yakin sokongan berterusan yang diberikan rakyat membolehkan BN terus kekal memimpin negeri ini dan menewaskan saingannya.

“Jentera parti sudah bersiap-sedia termasuk daripada segi mental untuk menghadapi siapa saja calon yang akan mencabar BN.

“Lagi cepat lagi elok (bubar Parlimen). Kalau boleh buat sebelum Ramadan kerana selepas itu Parlimen akan terbubar sendiri. Saya harap ini tidak berlaku kerana nanti orang akan kata BN takut. Kita perlu ‘gentleman’ dan bersedia,” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan terus mempertahankan Dun Rantau dan meminta pengundi di luar kawasan pulang mengundi dan memberi sokongan kepada BN negeri.

“Saya nak minta semua bantu saya gerakkan jentera di kawasan masing-masing supaya terus menyokong BN negeri dan kerajaan.

“Jangan dengar cakap orang (pembangkang) yang hanya sedap didengar tapi tidak boleh dibuat,” katanya.

FB Komen

comments