2.6 juta murid nikmati RMT

KUALA LUMPUR: Seramai 2,607,617 murid sekolah rendah seluruh negara mendapat manfaat daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak 2014 hingga kini, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Daripada jumlah tersebut, katanya seramai 458,483 murid terbabit pada tahun ini dengan peruntukkan sebanyak RM250 juta di semua sekolah bantuan kerajaan.

Rekod Kementerian Pendidikan juga menunjukkan pada 2014, jumlah murid mendapat manfaat RMT adalah seramai 559,383 orang, diikuti 536,103 murid (2015), 538,620 murid (2016) dan 515,028 murid pada 2017.

“Jumlah keseluruhan satu tahun misalnya pada 2018, peruntukkan adalah RM250 juta pada kadar seorang murid di Semenanjung sebanyak RM2.50 sehari, manakala RM3 bagi Sabah dan Sarawak.

“Jumlah setahun untuk hari persekolahan ialah 190 hari dibekalkan RMT,” katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Nurul Izzah meminta penjelasan kerajaan berapakah jumlah pelajar menyertai RMT mengikut negeri dan etnik dari 2013 hingga 2018, selain menyatakan kesan nutrisi program terhadap murid terbabit.

Menjawab soalan itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, kementerian juga menjalankan kajian keberkesanan program RMT pada 2016.

FB Komen

comments