Fatin Afeefa dengan suami orang?

KUALA LUMPUR : Sebelum ini industri seni tanah air kecoh tentang dakwaan pelakon Adan Shahz yang mengatakan bekas isterinya Fatin Afeefa cuba ‘membomohkannya’ menerusi penemuan bukti olehnya sendiri.

Selepas penafian daripada Fatin isu itu kemudiannya senyap begitu sahaja dan kini timbul lagi pendedahan yang agak mengejutkan.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita mendedahkan bukti dan mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Wanita yang menggunakan nama Hanna Marie dalam masa yang sama Fatin dikatakan tidur dengan memuat baik gambar suaminya dan Fatin bercium dengan seorang lelaki merupakan suaminya.

 

Selepas gambar tersebut tersebar, Fatin sendiri menafikan wanita di dalam gambar itu bukan dirinya dan ianya adalah fitnah semata-mata.

Menurut wanita itu lagi, Fatin juga dikatakan pernah mengajak suaminya untuk tidur di rumah sewa pelakon itu dan semua bukti ada ditangannya.

Tambah wanita itu lagi, Fatin pernah berjanji untuk tidak lagi menghubungi suaminya, namun mereka masih lagi keluar bersama.

Sejak kisah ini tular, Fatin belum lagi tampil untuk memberikan penjelasan. Diharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.

FB Komen

comments