Keputusan SPM semakin baik

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun lalu mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) lebih baik berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.90.

Tahun 2016, GPN keputusan peperiksaan tersebut adalah 5.05. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam pada menambah berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar.

Amin berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

“Berdasarkan kualiti jawapan calon, 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.

“Calon menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap pertama,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 48 dari 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah.

FB Komen

comments