Manifesto BN tawaran masa depan negara untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan manifesto Barisan Nasional (BN) yang bakal dilancarkan 7 April nanti untuk meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semata-mata.

Sebaliknya manifesto tersebut sebagai tawaran untuk terus meningkatkan hidup rakyat untuk jangka masa yang panjang.

Tambahnya lagi, ia akan menjadi yang jauh lebih baik berbanding yang dilancarkan pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) itu adalah satu bentuk tawaran kepada rakyat untuk perancangan masa depan negara yang lebih gemilang.

“Manifesto BN bukan hendak menawan hati pengundi pada PRU akan datang, konsep BN ialah kita membentangkan kepada rakyat perancangan masa depan negara.

“Jika ada yang hendak memilih Tun (Dr Mahathir Mohamad) untuk setahun atau dua tahun, mereka boleh pilih PH tetapi jika hendak memilih masa depan, rakyat perlulah memilih BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi moderator bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’, Diskusi UMNO-Online, di Menara Dato Onn.

Diskusi itu turut menampilkan dua ahli panel iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin.

FB Komen

comments