Najib Razak rasmikan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu merasmikan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni di Selayang, sebagai mercu tanda rekreasi yang unik dan baharu di ibu kota.

Perdana Menteri turut melawat taman rekreasi berkeluasan 9.2 hektar yang dinaik taraf dengan kos RM18 juta.

Taman rekreasi itu dibuka secara percuma kepada warga negara Malaysia selama sebulan bermula semalam sehingga 13 April ini.

Antara tarikan di taman rekreasi berkenaan adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge dan T-Rex Ring.

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park dibuka bermula dari jam 6 petang hingga 9.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Majlis perasmian itu dihadiri lebih 10,000 orang awam.

FB Komen

comments