Restoran Terlajak Laris diserbu MBPJ

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam dilaporkan menyerbu restoran milik usahawan produk kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara.

Serbuan itu dipercayai berpunca daripada tindakan meletakkan meja di tempat yang menghalang laluan.

Aliff melalui siaran langsung di akaun Facebooknya (Fb Live) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak penguat kuasa yang turut menyita peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff memberitahu operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu.

FB Komen

comments