Petani rogol anak kena penjara 15 tahun

LAWAS: Seorang petani dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, setelah mengaku bersalah merogol anaknya sejak 10 tahun lalu.

Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 47 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac lalu, lapor Utusan Malaysia.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 15 tahun di Kampung Languban, Merapok di sini.

Mangsa kini berusia 25 tahun dan belum mempunyai sebarang pekerjaan.

FB Komen

comments