Rita jumpa bekas madu Izreen

KUALA LUMPUR: ‘Saya pernah jadi isteri seperti dia.’ Begitulah status mengiring foto dikongsi aktres jelita, Rita Rudaini Mokhtar di lnstagram, kelmarin, yang memaparkan dirinya bertemu Intan Liana Saleh, iaitu isteri pemuzik kontroversi, Ude.

Ianya menarik perhatian netizen dikala kontreversi Izreen Azminda yang turut melibatkan dirinya terpalit menjadi mangsa kecaman sebelum ini.

Menjelaskan perkara itu, Rita memberitahu, bukan niatnya mengguris hati sesiapa apabila dilihat berbaik dengan Intan.

“Saya berkawan baik dengan Nazia Mustafar sejak masih bujang. Secara kebetulan, Nazia adalah biras kepada Intan. Kakak Intan, Roza Saleh yang juga seorang penyanyi, sudah lama saya kenal.

“Sebelum ini, saya dengar cerita keluarga Intan yang kononnya bengang dan menuduh saya mengatur perkenalan serta perancang perkahwinan Izreen dan Ude,” katanya dipetik BH Onlie

Akui Rita, sesetengah rakan artis mula memandang serong terhadapnya sejak dirinya terkait dengan kontroversi itu.

“Diakui, saya terbeban apabila menerima serangan netizen tanpa pembelaan. Ketika itu, Nazia menghulur tangan mahu membantu membersihkan nama saya.

“Nazia mengatur pertemuan dengan Intan dan keluarganya. Dia mahu saya menjelaskan kedudukan sebenar.

“Seperti yang dinyatakan, saya sudah menasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah. Tetapi nasihat saya bagaikan mencurah air di daun keladi,” katanya.

Rita mengaku status yang dikongsi kelmarin adalah pertemuan keduanya dengan Intan.

“Intan minta Nazia aturkan pertemuan dengan saya. Dia mahu meminta tip dan pandangan terhadap tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah kerana dia tidak berpengalaman.

“Saya hanya berkongsi pengalaman turun naik mahkamah selama bertahun-tahun,” katanya.

Rita berkata, dia tidak kisah dengan tuduhan netizen yang menganggapnya menikam belakang kawan baiknya, Izreen.

“Bukan prinsip dan cara saya menikam belakang kawan. Saya tidak malu menegur jika kawan baik membuat kesilapan. Bagaimanapun, saya sudah menjelaskan pendirian saya kepada Izreen.

“Saya bersimpati dengan Intan kerana pernah melalui penderitaan yang sama. Kami ditinggalkan ketika anak-anak masih kecil. Nasib saya mungkin lebih teruk apabila mengusung perut yang sarat mengandung anak kedua ketika ke mahkamah,” katanya.

Kontroversi pernikahan Izreen, 32, dengan pemuzik bebas itu kembali diperkatakan apabila Ude memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke atas Intan, 33, pada 30 November lalu.

Khamis depan, Ude, 30, dijangka melafazkan talak selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin, menetapkan tarikh itu ketika prosiding, baru-baru ini.

Izreen dan Mohammad Radzi Abdul Wahid atau Ude berkahwin secara senyap pada 8 Ogos tahun lalu.KUALA LUMPUR: ‘Saya pernah jadi isteri seperti dia.’

FB Komen

comments