Sajat sedar tiada bakat dalam nyanyian dan terima kritikan

BUKIT JALIL: Usahawan produk kecantikan, Nur Sajat menceburkan diri dalam bidang nyanyian bukan kerana anugerah yang ingin dirangkul sebaliknya hanya sekadar hiburan sahaja walaupun sedar tidak mempunyai kelebihan dalam suara.

Demikian katanya di majlis pelancaran single pertamanya yang bertajuk ‘Makhluk Penggoda’ semalam.

Bahkan Sajat menyatakan kesediaannya terhadap kritikan dan kecaman yang akan diterimanya selepas ini.

“Saya nak fikir positif saja dan tidak kisah apa yang netizen hendak katakan. Nak diikutkan, sejak dulu lagi saya dikecam dan dikritik. Jadi, buat apa saya nak fikir fasal benda ini kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan pun pada diri ini.

“Saya juga tahu tahap keupayaan saya. Jadi, kalau lagu nyanyian saya ini nanti dapat tanda ‘dislike’ sekalipun, saya tidak kisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan di sini hari ini.

Menurut beliau, sepatutnya lagu berkenaan dikeluarkan selepas single Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, namun berikutan masalah tidak dapat dielakkan, baru sekarang ia menemui penggemar muzik.

Bercakap mengenai lagu yang dicipta oleh vokalis Drama Band, Aepul Roza, dan lirik hasil tulisan Iman Imran itu, katanya, ia bukanlah bercerita perihal dirinya, sebaliknya berkisar pada seorang wanita yang bukan mudah untuk dicintai.

FB Komen

comments