Berbasikal di tengah jalan

“Tak sayang nyawa. Kalau kena langgar, mulalah salahkan pemandu kereta,” itu luahan netizen mengenai video viral sekumpulan remaja lelaki bermain lajak (basikal yang telah diubahsuai) di jalan raya tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Video yang dimuat naik oleh Kee Lim sejak 16 Mac lalu menunjukkan lebih kurang enam remaja lelaki berbasikal di tengah jalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Jalan Kebun, Kampung Jawa Klang, Selangor.

Dalam video kedua, empat daripadanya membuat aksi superman di lorong kiri sebelum masuk ke lorong kanan menyebabkan sebuah kereta terpaksa memperlahankan kenderaannya kerana bimbang terlanggar kumpulan berkenaan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, tujuh kanak-kanak dan remaja lelaki berusia antara 10 hingga 15 tahun ditahan kerana berlumba menuruni bukit menggunakan basikal lajak di Jalan Titi Serong, Balik Pulau, malam semalam, lapor Harian Metro.

Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan remaja terbabit yang dilihat langsung tidak menitik beratkan keselamatan diri. Malah netizen turut menunding jari terhadap ibu bapa mereka yang tidak mengawasi anak-anak mereka.

FB Komen

comments