Kerajaan minta bajet tambahan RM7.122 bilion

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 hari ini dibentangkan bagi memohon meluluskan tambahan untuk perkhidmatan tahun 2017 sebanyak RM7.122 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sebahagian besar perbelanjaan diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,710,809,316 diikuti Kementerian Pendidikan (RM891,104,350), Kementerian Dalam Negeri (RM804,272, 444), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM685,490,429) dan Kementerian Kesihatan (RM479,070,116).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan perbelanjaan sebanyak RM82,074,000.

FB Komen

comments