Lagi rayuan untuk TMJ

ALOR SETAR: Lagi rayuan agar Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kini ia disuarakan oleh
Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA).

Harapan itu diluahkan oleh Presiden MCFA, Datuk Jeffrey Low Han Chau agar TMJ mempertimbangkan untuk menarik kembali keputusannya baru-baru ini.

“Kami di komuniti bola sepak kaum Cina melihat hasrat Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden FAM itu hanya akan memusnahkan segala usaha dan kemajuan yang sudah dibawa oleh beliau selama ini.

“Oleh itu, kami berharap agar Tunku Ismail dapat mempertimbangkan semula hasratnya itu untuk terus kekal memegang jawatan sebagai FAM.

“Kami sentiasa menyokong kepimpinan dan usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail kepada kemajuan liga dan bola sepak negara selama ini biarpun tidak sampai setahun memegang jawatan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jeffrey yang juga EXCO FAM berkata kejatuhan ranking dunia pasukan bola sepak kebangsaan diharap tidak sesekali akan mematahkan semangat Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk memberikan lagi ‘sentuhan’ gemilangnya kepada pembangunan bola sepak negara.

“Kita dapat lihat di bawah pimpinan Tunku Ismail selama hampir setahun, pelbagai penajaan dari syarikat korporat berjaya dibawa masuk bagi merancakkan lagi suasana Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

“Malah, jika sebelum ini peruntukkan melalui penajaan bagi pasukan Liga Super hanya sekitar RM400,000 hingga RM500,000, namun di bawah pimpinan Tunku Ismail, ia meningkat hingga RM3 juta manakala pasukan Liga Perdana pula mendapat sebanyak RM1 juta.

“Ini bermakna pihak penaja berasa yakin dengan kepimpinan Tunku Ismail,” katanya.

FB Komen

comments