Pertumbuhan ekonomi kekal kukuh

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Mohd Johari Abdul Ghani, berkata pencapaian itu disokong pertumbuhan perbelanjaan swasta yang kukuh dan permintaan luar negara yang lebih baik.

Beliau berkata, dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan menyumbang 5.4 peratus, manakala pembuatan 23 peratus.

“Ekonomi negara dijangka terus berkembang dan kekal kukuh tahun ini dengan pertumbuhan antara 5 peratus hingga 5.5 peratus. Ia selari dengan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia yang lebih baik.

“Ini disokong unjuran pertumbuhan ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada kadar5.3 peratus tahun ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan.

Johari berkata, kedudukan ekonomi yang kukuh itu secara tidak langsung memberi kesan positif kepada rakyat, yang mana kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.

Katanya, kenaikan gaji dalam sektor perkhidmatan pula meningkat daripada kepada 3.4 peratus pada 2016 kepada 5.4 peratus tahun lalu.

“Bagi sektor pembuatan pula, kadar gaji dan upah meningkat kepada 8.6 peratus tahun lalu berbanding 6.2 peratus pada 2016,” katanya.

Beliau berkata, pendapatan bulanan isi rumah pula meningkat kepada RM5, 228 berbanding RM2, 841 pada 2009.

Sementara itu, Johari berkata, kerajaan sudah pun melaksanakan skim khas untuk suri rumah mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M).

Katanya, melalui skim itu, suri rumah boleh mencarum minimum RM50 hingga RM60,000 setahun.

“Bagi skim ini, kerajaan menyumbang 15 peratus kepada mereka yang berusia bawah 50 tahun.

“Setakat ini, 90,599 orang telah mencarum dalam skim ini, membabitkan caruman RM525. 31 juta. Daripada jumlah itu, seramai 17,298 pencarum adalah suri rumah,” katanya.

FB Komen

comments