Shahrizat tolak pelawaan bertanding di Sungai Besar

IPOH: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menolak pelawaan untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar, Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Beliau berkata, ini disebabkan ada calon tempatan di Sungai Besar yang lebih baik untuk dicalonkan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal dan ahli jawatankuasa Umno bahagiannya yang mempelawa saya bertanding di Sungai Besar.

“Saya amat terharu tapi saya telah berbincang dengan beliau bahawa saya tidak akan turun (bertanding) di Sungai Besar tapi saya akan beri sokongan kepada pemimpinan Umno Sungai Besar,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.

Program dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

FB Komen

comments