Nora mahu turunkan 8 kg

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Nora Danish yang baru melahirkan anak kedua, mengaku proses pemulihan selepas bersalin kali ini lebih mudah kerana diuruskan kumpulan penyedia khidmat berpantang profesional.

Nora memberitahu, pakej berpantang yang dilanggani menawarkan khidmat kepakaran dalam pelbagai aspek bagi mengembalikan kesihatan dan tenaga selepas bersalin.

Akuinya, proses berpantang yang bakal berakhir pada 6 April depan lebih lancar dengan pakej lengkap yang dibekalkan pihak terbabit.

“Jika diikutkan, sama saja proses berpantang kali ini. Cuma keadaan lebih mudah kerana saya dijaga selama 44 hari oleh kumpulan penyedia khidmat itu.

“Jadi, segala urusan seperti bertungku, berurut, sauna, pilis, lulur dan sebagainya diuruskan mereka,” katanya kepada BH Online.

Tambah Nora, khidmat pasukan itu memuaskan apatah lagi ketika ini, sukar mencari tukang urut yang bagus.

“Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) sejak mula berpantang. Namun, saya perlu susut lapan kg lagi untuk mencapai berat tubuh dulu,” katanya.

Bulan lalu, bintang Makrifat Cinta itu selamat melahirkan Mohamed Neqayl atau dipanggil Ney Ney seberat tiga kg secara pembedahan.

Nora suaminya, Nedim Nazri bernikah, Mac tahun lalu.

Selain Ney Ney, Nora turut mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram hasil perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka berpisah pada 2008.

FB Komen

comments