Pengantin perempuan bersanding sendiri

Bergelar raja sehari sudah pastinya perkara yang membahagiakan dan mengujakan setiap pasangan kerana setelah dinikahkan itu harinya mereka bersama-sama dipertontonkan sebagai sepasang suami isteri.

Mencuri perhatian netizen di laman sosial adalah kehadiran pengantin pada hari persandingan.

Hanya pengantin perempuan sahaja bersanding seorang diri daripada awal hingga akhir. Bukan ditinggal tetapi kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba yang hanya diketahi masa terakhir.

Tweet yang tular ini dikongsi oleh shafinasofians. Mendapat lebih 13,000 retweet dan 6,000 like.

Rata-rata netizen turut bersedih melihat wanita itu tetap tabah melayani tamu dan saudara mara. Majlis bertandang tetap berjalan lancar dan meriah, walaupun tanpa kehadiran si suami.

Ahli keluarga pengantin itu bangga dengan kekuatan pengantin perempuan.

FB Komen

comments