PH janji mansuh Auku

SHAH ALAM: Pakatan Harapan memberi jaminan akan memansuhkan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku) jika berjaya menajdi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, kata pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Auku akan dimansuhkan. Selepas ia dimansuhkan, kita hendak ibu bapa mengambil berat kehadiran mereka (pelajar). Kita dapati ramai yang terpesong dengan aktiviti yang lain termasuk aktiviti politik sehingga mereka tidak dapat menumpu kepada pelajaran,” katanya menerusi siaran langsung Facebook.

Sebelum Auku dikuatkuasakan pada 1971, pelajar universiti dibenarkan mempunyai kesatuan pelajar yang bebas dilengkapi dengan kewangan sendiri yang membolehkan mereka menganjurkan demonstarsi di dalam dan luar kampus malah menjemput ahli politik kerajaan mahupun pembangkang untuk berucap.

Pengkritik Auku mengatakan akta itu menyekat kebebasan politik dan autonomi akademik pelajar dan pensyarah universiti.

Dalam masa yang sama Tun mengulangi tawaran parti itu ntuk menyediakan pendidikan percuma untuk pengajian tinggi terutama untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

PH juga akan memberikan tumpuan untuk menambah baik sektor pendidikan bagi individu kelainan upaya supaya lebih ramai mereka boleh menjadi tokoh dihormati seperti Allahyarham Prof Ismail Salleh, kata Dr Mahathir.

FB Komen

comments