LTAT bayar dividen, bonus 12.5 peratus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran dividen dan bonus pada kadar 12.5 peratus kepada ahli yang layak mulai esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata pembayaran itu membabitkan jumlah keseluruhan RM686.8 juta.

“Bayaran dividen dan bonus ini meliputi enam peratus dividen dan 6.5 peratus bonus khas berbentuk unit amanah saham yang akan diberi secara percuma kepada para pencarum yang aktif.

“Dividen dan bonus ini akan mula dikreditkan dalam akaun ahli-ahli yang mencarum bermula esok,” katanya dalam sidang media Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dewan Seroja, Kem Kementah di ibunegara hari ini.

Beliau turut mengumumkan LTAT mencatatkan pendapatan bersih berjumlah RM667.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 12.1 peratus atau RM72.1 juta berbanding RM595 juta pada 2016.

FB Komen

comments