Lori tangki terbabas

KUALA LUMPUR: Sebuah lori tangki hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 21.5 di Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP) berhampiran Transit Aliran Massa (MRT) Puchong dekat sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku apabila lori tangki berkenaan cuba mengelak daripada melanggar sebuah ambulans yang berhenti secara mengejut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Pemangku Senior Asisten Komisioner Me­gat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, hasil siasatan mendapati lori tangki terbabit hilang kawalan selepas ambulans di hadapannya berhenti secara tiba-tiba kerana terdapat kemalangan lain berlaku.

“Lori tersebut telah melanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kejadian. Semasa kejadian, tiada sebarang muatan dibawa dan lori tersebut mengalami beberapa kerosakan yang tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Megat Mohd, Aminuddin, kejadian berlaku ketika waktu orang ramai orang bekerja dan jalan sesak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

FB Komen

comments