Rizab antarabangsa BNM cecah AS$103.9 bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.9 bilion pada 15 Mac 2018.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkenaan berkata, kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$97.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$800 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM420.42 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.96 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.46 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM9.50 bilion).

FB Komen

comments