Penjara 80 tahun dan 18 sebtan buat ekas tentera

KUCHING: Seorang bekas tentera dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana merogol dua kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) sejak dua tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 56 tahun mengaku bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Akta berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Bagi dua pertuduhan, bekas askar itu dihukum penjara 10 tahun, manakala empat pertuduhan lagi penjara 15 tahun termasuk tiga sebatan untuk setiap pertuduhan.

Hakim memerintahkan hukuman terhadap tertuduh yang juga seorang tukang kebun berjalan berasingan berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan enam kali perbuatan terkutuk terhadap dua kanak-kanak OKU berusia 14 tahun di sebuah stor di sebuah sekolah khas di Grogo, Bau sejak Mei 2016.

Kali terakhir tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 7 Mac lalu di tempat sama.

FB Komen

comments