4 kilang dijilat api

BAYAN LEPAS: Lebih empat kilang musnah dalam kebakaran berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, di sini, malam tadi.

Kebakaran bermula jam 10.30 malam dan sehingga kini pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman.

Difahamkan, setakat ini kilang yang diketahui musnah adalah kilang kotak dan plastik.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran terbabit.

Kebakaran turut menjadi tular kerana ramai menyangka ia membabitkan kompleks kargo yang terletak berhampiran.

Sementara itu, pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengesahkan operasi mereka tidak terjejas berikutan kebakaran berkenaan.

FB Komen

comments