Bekas askar dipenjara 197 tahun

MELAKA: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 197 tahun 6 bulan (2,370 bulan) dan 79 sebatan terhadap bekas anggota tentera berpangkat koperal.
Tertuduh didapati bersalah atas 79 pertuduhan menyalahgunakan peruntukan Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang berjumlah RM50,238.10, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Musa Md Dawi, 28, yang kini merupakan pekerja kontrak, selepas mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dikenakan hukuman penjara 30 bulan dan 1 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula hari ini.
Lelaki itu didakwa atas 74 pertuduhan menyalahgunakan peruntukan pembayaran elaun perjalanan dan tuntutan cuti tahun Pulpak dengan mencipta baucar pembayaran seterusnya bayaran berjumlah RM46,281.10 itu dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

FB Komen

comments