Malaysia di landasan untuk capai 50 peratus sasaran pelaburan diluluskan

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di landasan untuk mencapai 50 peratus daripada sasaran pelaburan diluluskan RM200 bilion pada 2018, menjelang akhir bulan ini dengan pelaburan Saudi Aramco sebanyak RM28 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, kira-kira 40 peratus atau RM80 bilion daripada pelaburan itu telah berada dalam perancangan, selain pelaburan Saudi Aramco RM28 bilion yang akan diperolehi menjelang akhir bulan ini.

“Ekonomi kita mengatasi semua jangkaan, sehinggakan Bank Dunia perlu menyemak semula unjurannya bagi peningkatan pertumbuhan (ekonomi) kita, bukan hanya sekali tetapi tiga kali.”

“Tidak hairanlah selepas itu, komuniti perniagaan antarabangsa menunjukkan keyakinan mereka terhadap Malaysia, dengan pelaburan swasta bernilai RM197 bilion pada 2017, dan daripada jumlah itu RM54.7 bilion adalah pelaburan langsung asing,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Program Tahunan Peringkat Menteri InvestKL 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga, projek usaha global yang diluluskan bernilai RM14 bilion, dengan sembilan daripada 225 projek merangkumi Hab Prinsipal.

FB Komen

comments