Sokong RUU Antiberita Tidak Benar, seru TPM

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat supaya menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, orang yang benar sudah tentu menyokong rang undang-undang itu kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.

“Esok RUU Antiberita Tidak Benar akan terus dibahaskan. Saya harap siapa sahaja bukan sahaja berada di Pulai, kalau kita orang yang benar, kita mesti menyokong undang-undang ini.

“Kita tidak mahu sebarang berita palsu menyusah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Trust@Teras Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmad, di sini.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dibentang untuk bacaan kali pertama dalam sidang Dewan Rakyat, Isnin lalu.

RUU itu dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

FB Komen

comments