Elaun Sukarelawan Polis naik

ALOR SETAR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun bagi pasukan Sukarelawan Polis berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara tersebut bersesuaian kenaikan yang diumumkan bagi pasukan Angkatan Sukarelawan Persekutuan lain sebelum ini termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Askar Wataniah.

“Bagi Sukarelawan Polis juga akan ada kenaikan elaun berkuatkuasa serta merta seperti pengumuman untuk seluruh anggota dalam pasukan sukarelawan lain.

“Kenaikan ini berkuatkuasa serta merta dan diharapkan agar lebih ramai penyertaan dalam pasukan sukarelawan ini, “katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian pasa Majlis Perasmian Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar (IPD).

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Ha-run; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Semalam Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun Askar Wataniah dari RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai dan RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota.

FB Komen

comments