Marang akan jadi milik BN

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yakin parlimen Marang akan menjadi milik Umno-Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya ke-14 (PRU14).

Justeru Nik Dir menyifatkan kawasan Marang yang kini disandang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan lagi kubu kuat PAS dan percaya pengaruh parti itu akan berakhir pada PRU14 ini.

“Persaingan pastinya sengit namun saya yakin BN akan menang kali ini. Keyakinan ini berdasarkan tahap perpaduan dalam parti bersama semangat, komitmen ditunjukkan semua jentera parti.

“Ini termasuklah sayap wanita dan puteri serta veteran Umno yang konsisten berada pada tahap tinggi,” katanya dilapor Sinar Harian.

Tambahan Datuk Nik juga yakin Umno mampu manawan kerusi DUN Rhu Redang yang turut disandang oleh Hadi.

“Berdasarkan reaksi rakyat, saya percaya Rhu Rendang akan menjadi milik BN dengan bantuan hampir 10,000 ahli Umno, pengundi atas pagar dan pengundi PAS yang tidak berpuas hati dengan parti mereka,” katanya.

Dun Rhu Rendang dan Parlimen Marang dianggap kawasan kubu paling kuat PAS di Terengganu apabila kerusi tersebut dikuasai oleh Abdul Hadi.

Pada pilihan raya umum lalu, Abdul Hadi mempertahankan Marang dengan majoriti 5,124 undi dan Rhu Rendang dengan majoriti 2,819 undi.

Beliau bagaimanapun pernah tewas kepada calon Umno, Abdul Rahman Bakar di parlimen berkenaan dengan majoriti tipis 163 undi pada PRU 2004.

FB Komen

comments