RM25 juta untuk Mikro Kredit E-Dagang

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM25 juta peruntuan diberikan untuk pelaksanaan program Mikro Kredit E-Dagang untuk golongan muda Cina.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu diharap memudahkan golongan sasaran mendapatkan modal awal perniagaan yang sebelum ini terhalang akibat beberapa faktor antaranya syarat ketat bank.

“Saya berharap melalui inisiatif Mikro Kredit E-Dagang ini kita mampu mencapai hasil hebat dalam masa singkat da-lam sekurang-kurangnya tiga perkara utama.

“Pertama menggalakkan kewujudan usahawan berasaskan teknologi dalam kalangan golongan muda, kedua menambah baik kualiti hidup golongan muda khususnya dalam hal pendapatan dan kualiti kehidupan.

“Dan yang ketiga, menggubah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tradisional supaya kekal kompetitif dan releven, selain membantu produk luar bandar memasuki pasaran global,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Mikro Kredit E-Dagang di sini hari ini.

FB Komen

comments