Farah sasar ke pusingan akhir

GOLD COAST: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berharap mampu menyinar dalam acara all-around individu dan mara ke final dalam salah satu acara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Gimnas berusia 24 tahun itu akan menyertai acara berpasukan bersama Tan Ing Yueh, Nur Azira Aziri dan Geanie Ng akan bertanding dalam acara empat aparatus, melombol, palang bertingkat, alang imbangan dan acara senaman lantai

“Ia sungguh hebat, ini Sukan Komanwel ketiga saya, jadi saya amat gembira. Kali ini saya ingin menikmati suasana di sini dan beraksi dengan baik,” katanya.

Farah mengetuai pasukan negara ke tempat kelapan dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, dan beliau adalah anggota pasukan yang mendapat tempat keempat di Sukan Komanwel 2010 New Delhi.

Gimnas lelaki Jeremiah Loo dan Tan Fu Jie akan mula beraksi dalam pusingan kelayakan individu hari ini. – BERNAMA

FB Komen

comments