Ogy Ahmad Daud Tegur Tindakan adik?

Terbaru tular di media sosial berkenaan kes Fazlina Ahmad Daud telah dikatakan menampar penyanyi Aiman Tino.

Kejadian berlaku di set penggambaran drama bersiri Mak Cun musim ke-4 arahan Erma Fatima. Isu ini hangat diperdebatkan netizen bahawa tindakan itu tidak sepatutnya terjadi. Namun, pasti ada motif tertentu Fazlina berbuat demikian terhadap Aiman.

Ogy Ahmad Daud tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan kontroversi melanda adiknya, Fazlina Ahmad Daud menampar penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino.

Seniwati Ogy Ahmad Daud ketika terkejut apabila menonton video ‘tampar’ itu di YouTube dan ia begitu hangat didebatkan oleh netizen.

Selepas menonton, saya terus hubungi Baby (panggilan mesra Fazlina) dan bertanya sejak bila dia jadi guru seni lakon. Saya ingatkan padanya, jangan buat malu nama baik Allahyarham ibu bapa kami.

Fazlina segera menjelaskan hal sebenar kepada kakaknya dan menafikan kejadian sebenar tidaklah hangat seperti diperkatakan. Malah, Ogy turut menghubungi pihak produksi bagi mengetahui hal sebenar.

Jadi, apabila perkara ini timbul hingga menjadi satu isu hangat, saya sangat kecewa dan sedih. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada Baby.

Pelakon Ali Setan ini turut menemui pengarah Mak Cun, Erma Fatima untuk mengetahui kejadian sebenar di lokasi penggambaran drama itu. Walaubagaimanapun, Erma sudah menjelaskan tindakan Fazlina adalah bermotif bagi melahirkan mood lakonan sedih yang perlu dizahirkan Aiman Tino.

Malah, Ogy menggalakkan pelakon baru termasuk yang senior untuk menghadiri bengkel lakonan bagi menimba ilmu sebagai pelakon terutama dalam aspek menzahirkan emosi. Perkara ini telah disalah taksirkan netizen berikutan kejadian Fazlina menampar Aiman di set Mak Cun.

Fazlina dan Aiman Tino telah tampil memberi penjelasan terhadap perkara ini dan ianya berlaku bermotif. Bagaimanapun, mereka telah berpelukan dan memohon maaf setelah selesai penggambaran babak berkenaan.

FB Komen

comments