SKMM nafi keluar mesej tular di WhatsApp

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu ‘Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar’ yang sedang tular di WhatsApp.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menafikan mesej itu dikeluarkan oleh pihaknya.

“Oleh itu, jika anda menerima mesej yang dilampirkan, jangan sebarkan,” kata suruhanjaya itu.

SKMM menasihati orang ramai yang menerima mesej palsu tersebut supaya membuat laporan kepada Aduan SKMM melalui talian aduan Hotline 1800 188 030.

Selain itu aduan juga boleh dibuat melalui Faksimili di talian 03–8688 1880, SMS di SKMM ADUAN [Butir aduan] SMS to 15888 dan WhatsApp di talian 016-2206 262.

Mereka juga boleh menghantar e-mel di aduanskmm@cmc.gov.my dan Laman Sesawang Aduan di https://aduan.skmm.gov.my/. – Bernama

FB Komen

comments