Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki Perdana Putra bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pagi ini di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini..

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.40 pagi.

Sebelum itu, turut kelihatan memasuki bangunan berkenaan ialah kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.

Mesyuarat mingguan Kabinet hari ini dipercayai mesyuarat terakhir jika Dewan Rakyat dibubarkan hari ini.

Kabinet dijadual bermesyuarat pagi ini dan bukan pada hari Rabu seperti minggu lalu.

Kumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen.

FB Komen

comments