Rebecca Nur Islam rangkul lengan Aliff Syukri?

Usahawan kosmetik terkemuka Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman baru sahaja mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat selepas berpindah ke rumah barunya yang serba mewah semalam.

Seperti biasa, sudah tentu Aliff akan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis dan menarik perhatian netizen untuk mengecam Aliff adalah sekeping gambarnya bersama-sama dengan salah seorang tetamunya yang juga pelakon Datin Rebecca Nur Islam bersama suaminya.

Dalam gambar yang menjadi viral itu, Rebeca kelihatan merangkul lengan Aliff yang berada di tengah-tengah di antaranya dan suami.

Antara komen-komen netizen di yang menyifatkan gambar itu akan menimbulkan fitnah dalam masa yang sama juga mendesak Aliff memadamnya dengan segera untuk menjaga nama baik Rebecca.

“Kenapa tak delete gambar nie dato??tolong lah jaga nama baik rebecca…,” kata farhana_hureen96.

“Sebelum post boleh je nak crop dulu… Biasalah teknik pemasaran.. viral baru orang ramai masuk page ni…,” kata zeerazam84.

Melucukan ada yang menganggap Rebecca tersalah pegang lengan ALiff kerana menyangkakan ianya lengan suaminya.

“Salah pegang laki ke haha,” kata rabiatulsahliS.

“Ayoyo….tersalah pegang laki ker dia nie….,” kata sarlynn155.

FB Komen

comments