Sembahyang dekat mall?

‘Nak femes, tak payah buat benda bodoh’ – Netizen kecam Instafamous mempersendakan agama

Pernah dikecam hebat oleh netizen sebelum ini berikutan kelakuan peliknya di program Motif Viral, namun Instafamous berkenaan tampil ‘menjelaskan’ ada sebab dia berbuat demikian.

Malah, ‘teman lelakinya’ juga turut mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan Instafamous berkenaan.

Disangka sudah berubah dan menerima teguran dari netizen, namun sekali lagi Instafamous ini dikecam netizen kerana tindakannya yang dianggap mempersendakan agama.

“Dulu dijemput masuk Motif Viral sebab bangang sangat. Last-last kena kecam rancangan itu sebab terlebih kurang ajor + krik-krik giler.

“Sekarang dia buat benda bodoh lagi. Sembahyang dekat mall. Apa ke bodoh sangat makhluk sekor ni? Mohon pihak agama ambil tindakan segera. Ini dikira permainkan agama Islam,” tulis Hidayat Safuan di Facebooknya pada jam 5.28 petang 6 April lalu.

Berdasarkan perkongsian Hidayat, video tersebut dimuat naik oleh Ervanrizuan di Instagram yang menunjukkan dia bersama dengan beberapa rakannya termasuk Instafamous berkenaan bermain ice skating di sebuah pusat beli-belah.

FB Komen

comments