Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan

KUALA LUMPUR: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun diwartakan mulai hari ini, kata Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri berkata, berkata akta terbabit diwartakan susulan perkenan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, justeru digazetkan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2017/18 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Majlis penghargaan yang julung kali diadakan itu, antara lain menyaksikan penerimaan kerajaan terhadap proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Perdana Menteri menegaskan, kebebasan bersuara dan media tidak mutlak, sebaliknya hak berkenaan perlu bersandarkan tiga perkara.

Beliau berkata, ia merangkumi aspek tanggungjawab, penerbitan berasaskan kebenaran dan mengikut tafsiran citra serta budaya tempatan di Malaysia.

“Kebebasan bersuara dan media tidak wajar diterjemahkan mengikut tafsiran umum atau universal serta menggunakan acuan barat, yang ternyata tidak selari dengan adat resam rakyat negara ini.

“Acuan seperti ini turut bercanggah dengan kesesuaian dan sensitiviti tempatan, selain menjurus kepada penerbitan rangkaian berita tidak benar yang berupaya menggugat ketenteraman serta kestabilan awam,” katanya.

Najib berkata, kerajaan cakna mengenai kegusaran pengamal media terhadap penggubalan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikatakan bakal mengekang kebebasan mereka dalam melaporkan berita.

Tegasnya, pandangan berkenaan adalah tidak tepat kerana Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digubal sebelum ini, menerusi Seksyen 8A menggariskan kesalahan menyiarkan sebarang berita palsu.

“Meskipun ada peruntukan undang-undang sedia ada, ia tidak mencukupi untuk membendung

FB Komen

comments